David Beckham
PRoFiL | iNFo | SeJaRaH | PiaLa | GaLeRi |
Manchester United
England
Real Madrid
Info
Syarat-syarat Perpindahan Beckham :
|
Gaya Sepakan Percuma Menjadi LOGO Mengikut anggaran, logo baru itu akan membawa pendapatan sekurang-kurangnya 3 juta pound(RM21 juta) kepada bekas pemain Manchester United itu. Logo ini adalah diilhamkan dari gaya Beckham mengambil sepakan percuma yang menjadi identiti kepada bintang aengland tersebut. Menurut jurucakap adidas, "Kami berharap dapat menangkap keunikan sepakan percuma Beckham. Daripada gaya beliau bersediauntuk mengambil sepakan hingga ke saat beliau melencongkan badan, ataupun landasan lengkung bola itu menuju ke arah pintu gol, setiap satu daripadanya merupakan satu identiti yang unik bagi Beckham. Logo baru ini akan menjadi lambang sepakan percuma dalam permainan bola sepak dan juga menjadi logo bersama bagi adidas dan Beckham yang diakui, sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun yang akan datang". Kami diminta memberi komen mengenai logo baru ini, Beckham berkata,"Logo ini adalah jelmaan diri saya, dan mudah dicam oleh para peminat saya. Gaya saya mengambil sepakan percuma sudah dikenali ramai. Saya berbangga dapat menghasilkannya bersama adidas." Menurut jurucakap adidas, logo baru ini akan berada dipasaran tidak lama lagi. "Kami berharap dapat menggunakan logo ini dengan meluas dalam barangan adidas. Kesetiaan Beckham terhadap permainan bola sepak dan corak permainannya aung bersemangat menyebabkan beliau menjadi pemain yang paling digemari di dunia. Jelas bahawa beliau ialah antara calon yang paling sesuai untuk mempromosikan jenama kami." Menurut anggaran, Beckham yang melanjutkan kontraknya hingga ke tahun 2008 akan memperoleh keuntungan sekitar 3 juta pound. Sementara itu, Beckham telah mengupah sebuah firma penasihat pelaburan, iaitu Cazenove untuk menguruskan kekayaan beliau bersama isterinya, Victoria yang dianggarkan berjumlah 40 juta pound(RM280 juta). Cazenove ialah sebuah firma yang terkemuka di England yang juga menjadi penasihat kepada Permaisuri Elizabeth II. Pada masa yang sama, pengurus Real Madrid Carlos Queiroz apapbila ditenuramah berkata, Beckham telah menghabiskan terlalu banyak masa dalam perihal keluarganya. "Ini ialah kali pertama Beckham bermain dan tinggal di luar negara. Buat peringkat ini, prestasi bekiau bagus dan kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di Sepanyol adalah di luar jangkaan saya." "Untuk memulakan kehidupan di sebuah tempat baru dan asing, anda pasti akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi setelah berjaya menyesuaikan diri dengan rentak hidup baru itu, saya harap beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa dalam karier bola sepaknya."
Penyertaan BECKHAM membina SUPER REAL MADRID Presiden kelab Real Madrid, Perez melanjutkan tradisinya merekrut seorang superstar pada setiap musim panas. Kali ini Perez berjaya mengalahkan musuh ketat iaitu kelab Barcelona untuk mendapatkan khidmat bintang bola sepak England, David Beckham, mengabulkan impian beliau untuk membina sebuah pasukan yang terunggul di dunia. Semenjak Perez terpilih sebagai presiden kelab Real Madrid paada 3 tagun lalu, beliau berjaya mendapatkan hampir kesemua bintang-bintang bola sepak yang termahal dan paling popular ke Stadium Bernebau. Bermula dari tahun 2000, Perez membelanjakan beratus-ratus juta untuk mendapatkan khidmat seperti Zidane, Figo dan Ronaldo. Ketibaan para superstar ini bukan sahaja membantu Real Madrid mencapai kejayaan yang cemerlang di Liga Sepanyol, malah mengukuhkan penguasaan mereka di peringkat Eropah. Selain itu, para bintang bola sepak ini turut membawa pendapatan di luar padang yang lumayan kepada kelab gergasi Sepanyol itu. Menurut satu sumber, Real Madrid itu telah mengutip sebanyak RM96 juta dari penjualan jersi nombor 5 milik Zidane. Dari pencapaian mereka yang cemerlang di kejuaraan Liga Juara-juara Eropah, juga membawa kemasukan sebanyak RM600 juta. Sungguhpun kelab diraja itu masih menggung hutang, tapi ia tidak sehebat yang dihadapi oleh kelab Barcelona yang melebihi RM700 juta.
Menarik Sejuta Peminat MU Tujuan Madrid membeli Beckham ialah suatu pelaburan jangka masa panjang. Selain untuk mengukuhkan kekuatan pasukan untuk merampas kembali kejuaraan Liga Juara-juara Eropah musim ini, penyertaan Beckham juga bagi merealisasikan impian mereka untuk membina pasaran di rantau Asia. Mengikut anggaran, MU mempunyai seramai 17 juta orang peminat di seluruh rantau Asia. Antara 1/3 daripadanya, iaitu sekitar 6 juta peminat menyokong MU semata-mata kerana Beckham. Dengan kata lain, perpindahan Beckham sekurang-kurangnya membawa sejuta peminat Asia beralih menyokong pasukan Madrid. Anggapan ini dibuktikan benar dengan sambutan dari para peminat apabila Real Madrid mengadakan perlawanan persahabatan di China, Jepun, Hong Kong dan Thailand. Oleh itu, perpindahan Beckham itu telah mendatangkan keuntungan dari segi komersial.
Jualan Jersi Beckham Memecahkan Rekod Daya tarikan David Beckham sesungguhnya sudah diketahui umum sejak sekian lama. Semenjak Beckham menyertai Real Madrid, penjualan jersi bernombor 23 yang tertera namanya telah terjual sebanyak 8,000 helai. Ia sekaligus telah memecahkan rekod penjualan jersi dalam masa sehari yang dimiliki oleh pemakai jersi nombor 9, Ronaldo sebanyak 6,000 helai. Walaupun harga bagi sehelai jersi berharga 78 euro (RM340), ia tidak dapat menghalang peminatnya untuk tidak ketinggalan memilikinya. Jersi-jersi tersebut laris dijual dalam masa 8 jam dan ini menunjukkan populariti David Beckham telah mengatasi populariti bintang Madrid yang lain seperti Zinedine Zidane, Ronaldo dan Luis Figo. Oleh itu, Beckham telah mendatangkan keuntungan bernilai RM2.8 juta kepada kelab itu dalam masa sehari sahaja. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa angka itu akan meningkat sehingga RM 50 juta dalam masa 4 tahun.
23 Menjadi Pilihan Beckham Nombor 23 telah menjadi pilihan David Beckham dan disebalik pemilihan nombor tersebut ada sebab-sebab yang mendorong beliau untuk memilihnya. Beckham amat mengkagumi lagenda bola keranjang AS, Micheal Jordan yang juga memakai jersi bernombor 23. Selain itu, beliau juga berharap agar dapat membuka pasaran di AS dengan bersandarkan pada nombor 23 tersebut. Beliau juga berhasrat untuk mencipta nama di benua utara itu. Faktor yang mungkin mendorong Beckham untuk menggunakan nombor 23 mungkin disebabkan beliau pernah bersua dengan bintang pujaannya di sebuah restauran dan beliau juga sempat berbual panjang untuk mengenalinya. |
10 Perpindahan Bintang Bola Sepak Terbesar Dunia :
|
|
Beckham untung 100 juta Setahun
|
|
10 Pemain Paling Kaya Dunia
|