David Beckham
PRoFiL | iNFo | SeJaRaH | PiaLa | GaLeRi |
Manchester United
England
Real Madrid
Profil
Nama :
David
Robert Joseph Beckham OBE
Tarikh Lahir : 02 May 1975
Tempat Lahir : Leytonstone, London
Warganegara : English
Tinggi : 180 cm (5ft 11in)
Berat : 67 kg (10st 8lb)
Warna Mata : Hijau
Warna Rambut : Perang
Residen :Hertfordshire dan Madrid (Spain)
Status :
Berkahwin
Kelab : Real Madrid (Spain)
Posisi : Midfield
Nombor
dalam Skuad : 23
Beckham & Victoria
Percintaan antara David Beckham dan Victoria Adam berputik pada satu perjumpaan di sebuah stadium di London. Mereka berdua telah diperkenalkan oleh seorang ejen Beckham namun pertemuan pertama itu tidak menemui kesudahan yang baik kerana Beckham adalah seorang yang pemalu.
Selang beberapa minggu selepas pertemuan pertama itu, mereka berdua telah berjumpa untuk kali kedua di Manchester. Selepas pertemuan itu, mereka menjadi semakin intim dan Beckham telah mengambil satu keputusan untuk mengahwini Victoria. Pada 3 Mac 1999, pasangan ideal Beckham dan Victoria telah dikurniakan seorang putera dan dinamakan Brooklyn
Selepas kelahiran cahaya mata yang pertama itu, Beckham didapati lebih matang tidak kira sama ada di padang atau di luar padang. Ketika di padang, Beckham telah menunjukkan daya pimpinan dengan menerajui dan mengetuai rakan-rakan sama ada di Manchester United atau pasukan England. Sebaliknya, beliau turut menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dan mementingkan kebahagiaan dalam keluarganya. Demi memperingati kelahiran anak pertamanya Brooklyn, beliau telah membuat tatu bergambar malaikat yang tertera nama anaknya di belakang badan. Simbol itu membawa makna bahawa anaknya sentiasa dilindungi dan diberkati. Tidak lama selepas itu, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata yang diberikan nama Romeo.