David Beckham

 

PRoFiL iNFo SeJaRaH PiaLa GaLeRi

 

                                                                                    

 

Manchester United                                                                         England                                                                                     Real Madrid

 

 

 

 

England

 

 

 

Pengurus : Sven-Goran Eriksson

 

Penjaga Gol : David James

Pertahanan : Gary Neville, Sol Campbel, Rio Ferdinand, Danny Mills

Pemain Tengah : Trevor Sinclair, Paul Scholes, Steven Gerard, David Beckham

Penyerang : Michael Owen, Wayne Rooney

 

                                                                                                               

 

ERIKSSON Menetapkan Tarikh Akhir Euro

Sven-Goran Eriksson akan mengumukan nama-nama pemain bagi skuad England, bagi Kejuaraan Eropah yang bakal berlangsung musim panas ini, pada 17 Mei iaitu 2 minggu sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh pihak UEFA.

Skuad 23 pemain ini akan diumumkan lebih awal sebelum perlawanan persahabatan diantara England dengan Iceland dan Jepun.

Jurucakap FA, Adrian Bevington berkata, Eriksson mahu membina semangat berpasukan lebih awal sebelum mereka bertolak ke Lisbon.

"Tarikh akhir rasmi dari pihak UEFA adalah 2 Jun, jadi terdapat ruang untuk melakukan sesuatu yang fleksibel, jika diperlukan, sebelum sampainya tarikh ini", tambah Bevington.

Keputusan ini bermakna hanya ada satu saja perlawanan persahabatan bagi pasukan England, iaitu menentang Sweden di Gothenburg pada 31 Mac, sebelum Eriksson mengumumkan barisan pemain skuadnya.

Jurulatih England ini telah pun menyenaraikan kebanyakan daripada pemain pilihan pertama bagi skuadnya tetapi menegaskan bahawa masih terdapat masa bagi pemain-pemain yang belum menunjukkan aksi dan prestasi terbaik mereka untuk menempatkan diri.

Pemain-pemain seperti Ledley King, yang telah memberikan persembahan yang menarik ketika perlawanan persahabatan menentang Portugal pada bulan Februari, akan berminat untuk mendapatkan tempat sama seperti dua pemain lagi iaitu Scott Parker dan Alan Smith.

"Jika saya memilih pasukan dan skuad England hari ini bagi perlawanan EURO 2004 dengan tahap kesihatan semua pemain dalam keadaan yang baik, ia bukanlah sesuatu yang sukar", Eriksson berkata sebelum perlawanan menenrang Portugal bermula.

England akan bermula kempen Euro 04 dengan menentang Perancis di Lisbon pada 13 Jun. Perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan akan menyusul dengan pertemuan menentang Switzerland pada 17 Jun dan Croatia pada 21 Jun.