David Beckham

 

PRoFiL iNFo SeJaRaH PiaLa GaLeRi

 

                                                                                    

 

Manchester United                                                                         England                                                                                     Real Madrid

 

 

 

 

Real Madrid

 

 

 

Pengurus : Carlos Queroz

 

Penjaga Gol : Iker Casillas

Pertahanan : Michael Salgado, Raul Bravo, Ivan Helguera, Roberto Carlos

Pemain Tengah : Luis Figo, Zinedine Zidane, Guti.H, David Beckham

Penyerang : Ronaldo, Raul

 

Keuntungan Real Madrid Diramalkan Meningkat

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab yang bertapak di Bernabeu itu bahawa keuntungan sebelum cukai musim 2003-04 diramalkan meningkat sekitar RM223 juta. Peningkatan itu adalah hasil daripada kenaikan bayaran siaran TV dan pungutan pemasaran.

Real Madrid yang skuadnya terdiri daripada bintang-bintang seperti perancang midfield Zinedine Zidane, ketua pasukan England David Beckham dan penyerang Brazil Ronaldo , mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 9.2 juta euro bagi musim 2002-03.

Sebelum ini, kelab gergasi Sepanyol itu telah mengumumkan pengguguran beberapa pemain utama termasuk Claude Makelele yang berhijrah ke Chelsea dan Fernando Morientes yang dipinjamkan kepada Monaco, Perancis. Mengikut kenyataan itu, pihak pengurusan berharap memperoleh keuntungan tambahan sebanyak 21.6 juta euro hasil daripada penurunan bayaran gaji.

Kelab yang berjaya memenangi Kejuaraan Eropah sebanyak 9 kali itu mencatat kerugian sebanyak 97.7 juta euro pada musim 2002-03 selepas menyelesaikan hutang sebanyak 767.1 juta euro. Bagaimanapun kelab itu mendapat keuntungan luar biasa sebanyak 108.3 juta euro setelah mereka menjual pusat latihan mereka. Oleh itu, setelah menolak kerugian sebanyak 97.7 juta euro itu, Madrid masih memperolehi keuntungan sebanyak 9.2 juta euro.

Sementar Madrid menjangkakan jumlah pungutan musim baru itu akan meningkat sebanyak 21 peratus ke 232.6 juta euro, terima kasih kepada urusniaga siaran TV yang bernilai lebih daripada 50 juta euro semusim. Dalam pada itu, Madrid juga menjangkakan peningkatan dalam pungutan pemasaran, terutamanya penyertaan Beckham yang sekurang-kurangnya menyumbangkan kepada pembukaan pasaran di Asia.

Mengikut kenyataan itu lagi, kehadiran Beckham di Madrid akan membantu meningkatkan penjualan barangan yang membawa jenama Real Madrid di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Real Madrid juga menyatakan mereka memiliki wang tunai sebanyak 143.2 juta euro di tangan dan tidak berhutang kepada bank.