David Beckham

 

PRoFiL iNFo SeJaRaH PiaLa GaLeRi

 

                                                                                    

 

Manchester United                                                                         England                                                                                     Real Madrid

 

 

 

                                                                                                                                                                                                                             

Manchester United

 

 

 

Pengurus : Sir Alex Fergusen

 

Penjaga Gol : Tim Howard

Pertahanan : Gary Neville, Rio Ferdinand, Roy Keane, Mikael Silvestre

Pemain Tengah : Christiano Ronaldo, Paul Scholes, Eric Djemba-Djemba, Ryan Gigs

Penyerang : Ruud van Nistelrooy, Louis Saha

 

 

Cristiano Ronaldo Pengganti David Beckham?

Sebelum musim baru Liga Perdana Inggeris bermula, Alex Fergusen melepaskan David Beckham ke Real Madrid, pesaing hebat mereka di kejohanan Liga Juara-juara Eropah. Keputusan itu telah mengundang kecaman yang hebat pelbagai pihak, terutamanya daripada para peminat David Beckham. Tidak lama kemudian, Alex Fergusen dibidas lagi kerana melepaskan Juan Sebastian Veron untuk menyertai musuh ketat mereka di London, Chelsea.

Namun Fergusen telah membuat satu percaturan dengan membeli pemain dari kelab Lisbon iaitu Christiano Ronaldo. Pada musim yang lalu, Ronaldo merupakan tonggak yang bertanggungjawab menyumbangkan kemenangan kelabnya dengan menewaskan Manchester United 3-1. Terpukau dengan kelincahan permainannya, Fergusen telah membawanya ke Old Trafford. Pada perlawanan debut pertamanya ketika menentang Bolton, Ronaldo telah menunjukkan kelincahan dan ketangkasan yang luar biasa. Kemunculannya telah merancakkan permainan dan berjaya menaikkan semangat rakan sepasukan. Persembahan beliau juga telah mendapat pujian daripada pengurus Bolton sendiri iaitu Sam Alladyce.

Kemunculan Ronaldo di Old Trafford sedikit sebanyak telah memadamkan ingatan mereka ke atas pemergian David Beckham. Beliau yang diberikan jersi nombor 7 itu dijangkakan memberikan persembahan uang cemerlang malah dikatakan lebih menyerlah daripada persembahan Beckham.

 

Pemain MU Berjersi 7

Pemain Terbaik Dunia                      George Best

George Best berasal dari Ireland Utara, bermain 361 kali menjaringkan 137 gol. Pernah diibaratkan sebagai pemain terbaik dunia oleh Pele. Beliau membantu MU merangkul kejuaraan Liga Juara-juara Eropah pada tahun 1968. Pada tahun 1970, ketika menentang Southampton pada pusingan ke-5 Piala FA, Best menjaringkan 6 gol untuk meraihkan kemenangan 8-2. Oleh itu, Best merupakan pemain MU yang menjaringkan gol terbanyak dalam satu perlawanan. Rekod itu berkekalan sehingga sekarang.

Pemain Tengah Serba Boleh            Bryan Robson

Robson diibaratkan sebagai seorang pemain tengah yang serba boleh. Beliau merupakan seorang pemain yang tahan lasak, seolah-olah memiliki kekuatan fizikal yang tidak kehabisan. Juga handal membuat hantaran yang kreatif, rembatan yang kencang dan jitu serta tandukan yang sentiasa mengenai sasaran. Robson juga merupakan pemain yang menjaringkan gol yang paling cepat di Piala Dunia, iaitu selepas 27 saat permainan dimulakan

 

Raja Old Trafford                            Eric Cantona

Tahun 92, Cantona berhijrah dari Leeds ke MU dengan yuran perpindahan sejuta pound. Dengan inspirasi dari Cantona, MU meraih kejuaraan Liga Inggeris pertama dalam tempoh 26 tahun. Kemudian MU berjaya mendapat "double" (Kejuaraan Liga dan Piala FA). Bagaimanapun Cantona adalah seorang pemarah dan pernah disuspen selama 9 bulan di padang.

 

 

Idola Semula Jadi                             David Beckham

Nama Beckham disebut-sebut selepas menjaringkan satu gol menerusi tendangan dari jarak 50 meter ketika menentang Wimbleden pada tahun 1995. Pemain yang terkenal dengan sepakan percumanya bukan sahaja bermain dengan cemerlang di padang, bahkan merupakan selebriti yang dipuja-puja oleh peminat-peminat yang tidak menggemari sukan bola sepak. Pada tahun 1999, Beckham hanya menyumbang untuk menyempurnakan sejarah MU dengan menjadi juara "treble", iaitu Juara Liga, Pemenang Piala FA dan Juara Liga Juara-juara Eropah.