David Beckham

 

PRoFiL iNFo SeJaRaH PiaLa GaLeRi

 

                                                                                    

 

Manchester United                                                                         England                                                                                     Real Madrid

 

 

 

 

Sejarah

 

Insiden Beckham meninggalkan kelab gergasi Inggeris Manchester United untuk menyertai Juara bertahan Sepanyol Real Madrid telah menjadi gosip yang paling hangat di arena bola sepak antarabangsa. Penyertaan Beckham dikatakan bukan sahaja membawa keuntungan yang lumayan, malah turut mengukuhkan kehebatan barisan tengah Madrid untuk menambah modal bagi merebut kembali Champion League pada musim ini.

Beckham, kini bukan setakat bintang bola sepak sahaja, malah seorang selebriti yang menjadi pujaan ramai. Tambahan pula isterinya, bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria juga mempunyai peminat-peminat yang ramai, maka kombinasi suami isteri superstar ini memang sudah tiada tolok bandingnya.

Marilah kita sama-sama mengimbas kembali detik-detik manis dan pahit bagaimana Beckham muncul sebagai selebriti bola sepak yang unik ini.

 

Zaman Remaja

 

 

 

Ketika remaja, Beckham memang telah menunjukkan bakatnya yang menonjkol di padang. Beckham yang berasal dari kem latihan Kelab Manchester United awal-awal lagi sudah terpilih sebagai anggota pasukan Bawah-21 England.

Sebaik umur Beckham genap 21 tahun, ia merupakan saat yang paling berbangga kepadanya. Ketika itu, iaitu musim 95/96, Beckham menunjukkan prestasi yang mengkagumkan di pertandingan liga Inggeris. Justeru itu, ia telah menarik perhatian daripada Glenn Hoddle, iaitu jurulatihpasukan England ketika itu. Dengan serta merta, Beckham telah terpilih sebagai anggota pasukan dewasa England. Pemilihan itu sungguh bermakna bagi Beckham kerana Glenn Hoddle ialah bintang bola sepak pujaan Beckham sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Setelah terpilih sebagai anggota pasukan England, Beckham telah diberi peluang untuk muncul sebagai kesebelasan utama skuad England. Posisi Beckham ketika itu ialah sebagai pemain tengah sayap kanan.

Ketika Piala Dunia 1998, Beckham merupakan satu-satunyapemain England yang bertanding dalam setiap perlawanan. Beliau bukan sahaja bermain di posisi sayap kanan, malah beliau turut diberi peluang untuk bermain di posisi tengah sebagai perancang utama pasukan England. Jelas, kedudukan Beckham semakin kukuh dalam pasukan England.

 

 

 

 

 

 

Zaman Gelap

Semenjak musim 96/97, Beckham menjadi semakin matang dan dianggap umum sebagai anggota mutlak untuk pasukan England. Di Liga Inggeris, Beckham turut berjasa untuk Manchester United dan memainkan peranan yang penting untuk membantu pasukannya merangkul kejuaraan demi kejuaraan. Kemudian persembahan Beckham kian diakui denganmemperoleh anugerah PFA dan dipilih sebagai pemain liga kedua terbaiknya musim tersebut.

Thaun 1998, Beckham terpilih sebagai kesebelasan utama England untuk bertanding di kejuaraan Piala Dunia di Perancis. Tanpa diduga, Beckham mengalami tamparan yang paling hebat dalam hidupnya. Dalam perlawanan pertama dan kedua, Beckham disenaraikan sebagai pemain simpanan. Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, pada saat-saat yang genting, Beckham telah menjaringkan satu jaringan yang cantik sekali melalui sepakan percuma. Jaringan itu telah membantu pasukan England menyingkirkan pasukan Colombia untuk mara ke pusingan kedua. Lantas Beckham pun diheboh-hebohkan sebagai penyelamat dan hero England.

Tapi tanpa diduga, berselang 4 hari kemudian, nasib Beckham telah berubah. Ketika pasukan England menentang musuh ketatnya Argentina, Beckham telah melakukan suatu kesilapan yang besar, iaitu melancarkan hantukan pada Simoni sebagai tanda tidak berpuas hati. Kerana terlalu mengikut darah muda yang sedang meluap-luap, Beckham telah dilayangkan kad merah dan diperintahkan keluar padang.

 

 

 

 

 

 

Bersinar Semula

Selepas kejatuhan itu, kebanyakan pakar arena bola sepak berpendapat bahawa Beckham akan lenyap daripada pasukan kebangsaannya. Namun, Beckham tidak mahu berputus asa dan terus berusaha gigih untuk membuktikan bahawa beliau dapat berdiri semula.

Dalam musim Liga Inggeris kemudian, Beckham bermain dengan nekad dan menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang. Pengalaman pahit di Piala Dunia menyebabkan permainan Beckham lebih bergaya jaguh dan matang.

Sungguhpun persembahan pasukan England di pertandingan EURO 2000 agak mengecewakan, tapi Beckham berjaya membantu Manchester United merangkul kejuaraan yang ke-4 di Liga Perdan Inggeris. Kejayaan itu membawa gelaran naib juara Anugerah Pemain Terbaik Dunia dan Pemain Terbaik Eropah kepada Beckham dengan hanya di atasi oleh Rivaldo sahaja.

 

 

 

 

Menjadi Ketua Pasukan

 

 

 

 

 

Kegagalan England di EURO 2000 mengakibatkan Kevin Keegan digantikan oleh Errikson sebagai pengurus pasukan England. Dengan direkemen oleh Keegan, Errikson melantik Beckham sebagai ketua pasukan England ketika mengadakan perlawanan panas badan dengan pasukan Itali pada tahun 2001. Dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2001, Beckham menunjukkan daya pimpinannya dengan bekerja keras di padang. Kesungguhan dan semangat berkobar-kobar Beckham itu berjaya mempengaruhi rakan-rakan sepasukan untuk turut bermain bermati-matian.

Pada suatu ketika, pasukan England mengalami krisis tersingkir dari pusingan kelayakan. Bagaimanapun kemenangan besar dramatik pasukan England ke atas pasukan Jerman mencipta harapan baru kepada pasukan gergasi pasukan bola sepak Eropah itu. Dalam perlawanan penentuan seterusnya, jaringan tendangan percuma "trade mark" Beckham menyelamatkan England dengan keputusan seri 2-2 menentang pasukan Greece dan mengabulkan harapan peminat pasukan England untuk mara ke pusingan akhir di Korea-Jepun.

Menjulang Piala Dunia memang merupakan pencapaian yang diidam-idamkan oleh setiap pemain, tidak terkecuali juga bagi ketua pasukan England itu.  Namun sebelum temasya sukan terbesar dunia itu berlangsung, pasukan England dibelenggu oleh kecederaan pemain-pemain kesebelasan utama mereka, ini termasuk David Beckham.

Walau bagaimanapun kelemahan itu berjaya diatasi dengan semangat gigih bawah pimpinan David Beckham. Akhirnya pasukan England mencapai kejayaan di luar dugaan dengan layak ke pusingan suku akhir, hanya terkalah kepada pasukan Brazil dengan satu jaringan sepakan lop oleh Ronaldinho menewaskan David Seaman.

Selepas Piala Dunia 2002, nama David Beckham semakin lantang disebut oleh para peminat di England. Kepopularitian Beckham menjulang secara mendadak sehingga beliau dihujani oleh peluang-peluang komersial. Bagaimanapun keadaan itu telah menimbulkan rasa ketidakpuashatian pengurus pasukan Manchester United, Alex Ferguson.

Ferguson kurang senang dengan pendedahan keterlaluan Beckham dalam urusan komersial dan menganggap ia akan menjejaskan persembahan Beckham di medan pertandingan. Lantaran itu dia pun menanam bom bermasa yang meletup pada baru-baru ini dimana Beckham dijual ke Real Madrid.

Bagaimanapun Beckham telah membina kepopularitian yang tidak dapat digugat, mahupun di Manchester United ataupun Real Madrid. Jelas bahawa para peminat akan mengalu-alukan persembahan beliau yang lebih cemerlang lagi di Liga Sepanyol dan pertandingan EURO 2004 yang akan datang.